Wednesday 21 September 2011

mula lah hidup sbg mahasiswi uitm..

elloo... de y rndu yana membebel x..?
cm xde je an.. hehee...
skng yana dh kt uitm shah alam.. minggu y ke 3 dh kt cnie..
jln hdp kt cnie..
byk gler dh berubah dr hdp kt hostel 2 dlu..
dlu ne bgn kul 6 rebut2 mnd rmai2..
skng leh bgn kul2 bpe2 je.. pas sbuh pn leh tyto blik.. xde sape nk mrh !!
dlu g srpan cik melah mskkn.. trun tgl mkn nje..
skng.. srpn.. biskut je la.. jmat tok tghri nti.. hahaaaa...
dlu kul7 dh ne de kt skola.. lau xne thn la.. bgai r..
skng.. kls strt kul 830.. kul 9 bru smpai kls... hahahaaa...
dlu jln kaki jela g skola.. dkt je..
skng.. ne nek bas lau nseb bek dpt bas uitm slmt rm1 aku.. tp lau dh xde.. rapid kl pn jd la... hahaaa...
byk gler khdpn aku y dh berubah skng...
heheee...
enjoy my life now..
sy nk bljr tol2...
nk dptkn anugerah dekan gak !!!
heheeee..
k lah.. smpai cnie je yana mepek dl ek..
mlm nie yana de program 'xkenal maka xcinta'..

Tuesday 13 September 2011

UiTM DiHaTI kU..

allllooooooooooooo...
lame an aku xupdate blog..
bukan bz pn sbnrnye..
nak taw cre nk on9 kt uitm nie.. pnye la jenuh..
hahaaa....
skng aku ngn rasminye jd student uitm..
bangge siot...
hahaaaa....
minggu MDS..
juz selase, rabu, khamis, jumaat n sabtu je..
best gakk.
leh tahan la..
 penatnye..
terlalu byk tngge n bukit dlm setiap pjlnan y nk dtuju..
membuatkn kaki aku sakit gler..
hahahaaaa.....
n 2nd week kt snie..
kteowg dh dbhagi2 ikt kelas masing2...
aku engtkn kelas aku depan kolej aku nie je ha..
upe2nye..2 dye..
ne g pnjat menara lak..
aduhhh...
n kdg2 de gak r kelas y kt fakilti aku nie...
fuhhh...
misi mnguruskn badan aku berjalan lancar la nmpknye..
huahuahuaaaa...
xleh bleh...
k r..
gtg..
dh lwat..
i nk tyto dlu ye u'll smue..
pape pn..
uitm dihatiku..

Tuesday 23 August 2011

kuatkan dirimu yanna..

tinggal kurang seminggu semua umat Islam akan meninggalkan ramadhan..
syawa akan tiba utk meraikan kemenangan umat Islam yang telah melaksanakan perintah Ilahi..
Alhamdullillah..
dalam semua orang sibuk uruskan persiapan nk beraya..
tapi hati aku bergundah-gulana memikirkan kehidupan aku y bakal berubah..
aku dulu cuma seorang pelajar tingkatan 6 y rutin harian aku hampir sama setiap hari..
hidup aku dikelilingi rakan2 y sentiase bersama.. yela aku stay dekat hostel..
bagun, makan, mandi, main, pergi skola, blik skola, stdy. hampir semua bersama2..
walaupun mase aku masuk lower 6 rmai y xrpat dengan aku..
tapi akhirnya.. kami ibarat 1 keluarga..
gembira, sedih, yakut, marah.. semua bersama..
6 sept nie..
aku akan alami benda y sama aku rase mse mula2 aku jejekkan kaki aku di KE..
mencari rakan y ikhlas.
membiasekan diri dlm kehidupan seorang mahasiswi..
suasana y pasti berbeza sekali..
aku kne bljar sesuaikn dri dgn tmpat dan keaadaan..
kne sentiase bersedia dgn dugaan dan cubaan y akan hinggap padaku..
yang pentig jaga diri aku dr terhanyut dgn dunia luar..
aku kena jadi aku..
aku tetap aku..
aku.. IZZATY LIYANA ROMLEE !
semangat !

Sunday 21 August 2011

Alhamdullillah..

alhamdullillah.. permohonan ptptn aku dah diluluskan.. skrng tinggal menyiapan boran2 tok ptptn..
rm19500.. pinjaman yana aku terima.. brpe agaknye ku kena byr balik ye..?
aku xpasti.. tapi.. dengan lulusnye permohonan aku nie.. dapat la aku merinankan sikit beban mak n abah nti..
tapi ! aku kne igt yang aku WAJIB berjimat-cermat dlm menggunakan duit nie..
aku masih lg menunggu cek dr WPP smpai ke kedai aku.. risau pulak lau xsampai..
rm1500 2.. sape nak bagi an..
n yaysan perak..
mnx2 la dpt..
aminn...

Tuesday 16 August 2011

sahabat.. kawan.. teman..

assalamuailaikum..
nape taju sahabat.. kawan.. teman..?
skng aku rase mmg pnting utk kte smue de kwn..
kwn bg aku adalah seorang insan atau lebih y dpt menerima kte ape ade nye..
sentiase bsme kte.. xkre la jauh aau dekat..
bak kata owg..
jauh dimata dekat dihati..
sentiase sedia membantu kte dlm senang atau susah.. sedih atau gembira.. kaya atau miskin.. sihat atau sakit..
mmg agk pyh tok kte mndapat kwn sbegitu..
tapi, percaye la.. lau niat hati kte ikhlas tok berkwan.. insyaallah.. smue 2 bkn hlngn..
pengalaman byk mngajar aku tok bhati2 memilih kwn..
klau kwn 2 mmbawa kte ke jln y btol.. insyaallah.. btol la jln kte 2..
tp.. lau kwn 2 mmbwa kte ke jln y bersimpng siul nauzubillah la..

'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.

kwn2 smue.. bhati2 la memilih kwn..
tp jgn la hnye bkwn dgn owg y kte angap baik shj dan memulaukn y kurang baik..
sebaiknye.. bkwn la dgn smue owg..
dan bwa n bimbing la kwn mu ke jln y diredhai..
salamat persahabatan..

p/s: tulisan nie dr sumber.. aku copy n paste tok tatapn bsme..
http://nickkamal85.blogspot.com/2009/03/kenalilah-erti-persahabatan.html

Sunday 14 August 2011

terima atau tidak ? ?

pagi aku on la fb.. ak xtaw la plak.. ri nie kua WPP..
WPP is Wang Pendahuluan Pembiayaan from PTPTN..
aku pn ngn blurnye check la bnde 2..
tbe..

MAKLUMAT SEMAKAN BAGI NO KP 910205106064

Nama :
IZZATY LIYANA BINTI ROMLEE
No Kad Pengenalan :
910205106064

Tahniah, anda telah ditawarkan WPP bagi kemasukan lulusan STPM dan Matrikulasi bagi Sesi Sept 2011.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila hubungi Hotline PTPTN di nombor 03 - 2080 4455.


OMG ! aku xde lak mnx bnde nie..
aduhh... mmg la bis dpt RM1500..
tp nti wet PTPTN lak ne tolak stiap sem..
dh 2.. biase la ptptn.. ne interest 10%
mean.. RM1500 ne byr RM1650..
nk trme ke xnk nie ha.. ? ?
sgt la blur..
iktkn aku..
trme jela.. n smpan wet 2.. ne la taw nti kt UiTM nti nk ne gne wet an..
hhmmmm...
ayuh..
renung2kan..

keindahan ISLAM..



KEINDAHAN ISLAM MEMBAWA PERTUNJUK
Abu Jaafar Al-Haddad merupakan salah seorang wali Allah yang sangat terkenal. Suatu hari beliau mengikuti satu rombongan besar dalam perjalanan dari kota Basrah menuju ke kota Baghdad dengan menaiki sebuah kapal menyusuri sungai Dajlah. Di antara sekian ramai orang yang menyertai rombongan tersebut ada seorang lelaki yang menjadi perhatian Abu Jaafar Al-Haddad. Selama di dalam pelayaran, lelaki tersebut tidak pernah makan dan minum dan tidak pernah mengerjakan solat menyebabkan Abu Jaafar tertanya-tanya pada dirinya sendiri dan ingin tahu rahsia di sebalik kelakuan lelaki tersebut. Abu Jaafar Al-Haddad segera menghampirinya.

"Assalammualaikum saudara, boleh saya bertanya sedikit?" Sapa Abu Jaafar.
"Boleh, apa salahnya." Jawab lelaki itu dengan tidak mengendahkan salam Abu Jaafar Al-Haddad.
"Mengapa awak tidak pernah mengerjakan solat dan berjemaah dengan kami? " Tanya Abu Jaafar Al-Haddad.
"Saya ini bukan orang Islam," jawab lelaki itu selamba
"Jadi, engkau beragama apa?" Abu Jaafar Al-Haddad mahu kepastian.

"Saya beragama Nasrani," jawabnya.
Abu Jaafar berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, namun masih ada satu lagi persoalan dalam fikirannya iaitu bagaimanakah lelaki tersebut boleh tahan berhari-hari tidak makan dan tidak minum.
"Saya lihat awak tidak pernah makan dan minum?" Tanya Abu Jaafar.
"Saya bertawakal kepada Tuhan." Jawabnya pendek.
"Saya juga bertawakal kepada Allah," kata Abu Jaafar.
Ketika sampai ke suatu destinasi untuk berehat, Abu Jaafar masih lagi asyik berbual dengan lelaki Nasrani itu sehinggalah tiba waktu makan. Riuh rendahlah orang ramai ke sana ke mari mencari dan membuka bekalan masing-masing. Ada yang naik ke darat mencari sesuatu barang keperluan sebelum menyambung pelayaran. Tapi Abu Jaafar dan lelaki Nasrani yang masih lagi berbual-bual itu sudah berazam untuk bertawakal saja, tidak mahu berbuat demikian. Apabila orang ramai melihat kedua-dua mereka ini tidak mempunyai sebarang makanan, merekapun mengajaknya untuk makan bersama. Tapi Abu Jaafar dan lelaki itu tetap dengan pendirian mereka tidak mahu makan.
"Mari kita keluar dan berjalan di darat sana," kata Abu Jaafar kepada lelaki Nasrani itu.
"Boleh, tapi dengan syarat..." kata lelaki Nasrani.
"Apa syaratnya?" tanya Abu Jaafar.
"Jika kita masuk ke dalam kampung, tuan mesti berjanji yang tuan tidak akan masuk ke dalam masjid, dan begitu juga saya tidak akan masuk ke dalam gereja," terang lelaki Nasrani itu.
"Ya saya berjanji," kata Abu Jaafar dengan penuh yakin.
Merekapun berjalan merentas tanah yang terbentang luas sehingga senja mereka pun duduk istirehat berhampiran dengan tempat membuang sampah. Tiba-tiba datang seekor anjing hitam, mulutnya menggigit roti dan diletakkannya di hadapan lelaki Nasrani itu. Rupa-rupanya anjing itu hanya menghantar makanan untuk lelaki Nasrani yang bertawakal itu saja. Lelaki Nasrani tadi mengambil roti itu dan dimakannya dengan senang hati tanpa menoleh-noleh lagi kepada Abu Jaafar, apalagi hendak mempelawanya makan bersama. Akhirnya habis roti itu dimakan oleh lelaki Nasrani tersebut.
Setelah itu kedua-duanya meneruskan perjalanan meninjau-ninjau di kawasan perkampungan sehinggalah waktu senja. Apabila kepenatan, mereka berehat lagi. Tiba-tiba datang lagi anjing hitam itu membawa roti di mulutnya dan diletakkannya di hadapan lelaki Nasrani itu lalu dimakannya. Demikianlah yang terjadi setiap hari. Setiap kali si Nasrani mendapatkan makanan yang dihidangkan oleh seekor anjing hitam, dia memakannya sendiri tanpa menoleh dan mempelawa temannya menikmati bersama. Sementara Abu Jaafar sendiri, sibuk dengan mengerjakan solat setiap kali ketika lelaki Nasrani itu makan.
Pada hari keempat kedua-dua hamba Allah yang sudah saling kenal mengenali itu melalui sebuah perkampungan. Oleh sebab matahari sudah terbenam, mereka berhenti di suatu tempat bagi membolehkan Abu Jaafar Al-Haddad mengerjakan solat Maghrib di situ, sedang lelaki Nasrani itu memerhatikan dari jauh. Di dalam hatinya memuji Abu Jaafar Al-Haddad rajin menunaikan ibadah sembahyang walaupun mengikut perjanjian Abu Jaafar tidak boleh pergi ke masjid, namun dia tetap melakukan sembahyang.
Tiba-tiba datang seorang lelaki membawa sebuah dulang yang berisi makanan dan sebuah kendi berisi air. Dia berdiri di situ sehingga Abu Jaafar selesai solatnya. Setelah mengucapkan salam, orang itu meletakkan dulang yang dibawanya di hadapan Abu Jaafar.
"Sila bawa makanan ini kepada lelaki itu!" Kata Abu Jaafar kepada orang yang membawa dulang sambil menunjuk ke arah lelaki Nasrani tersebut.
Tanpa berkata apa-apa orang itu membawanya kepada lelaki Nasrani yang berada tidak jauh dari situ, sementara Abu Jaafar masih asyik mengerjakan solat.
Setelah Abu Jaafar selesai solat, lelaki Nasrani itu datang kepadanya dengan membawa dulang tadi.
"Wahai Abu Jaafar! Allah telah memperlihatkan kepadaku bahawa agamamu (agama Islam) adalah lebih baik daripada agamaku," kata lelaki Nasrani itu.
"Dari mana engkau mengetahui perkara ini?" Tanya Abu Jaafar Al-Haddad.
"Buktinya sudah cukup jelas. Ianya berlaku di hadapan mataku ini." Terang lelaki Nasrani itu lagi.
"Cuba awak terangkan kepada saya apa yang berlaku di hadapanmu itu?" Tanya Abu Jaafar menduga.
"Aku makan rezeki yang dihidangkan oleh seekor anjing, sedangkan aku adalah seorang manusia, berbeza dengan rezekimu dihidangkan oleh manusia. Maka dengan itulah aku tahu bahawa Islam itu adalah agama yang terbaik daripada agamaku." Kata lelaki Nasrani itu.
"Sekarang apa yang awak mahu?" Sambung Abu Jaafar.
"Tuan ! Sekarang juga dengan kerelaan hati saya sendiri, saya akan meninggalkan agama saya dan masuk agama Islam." Kata lelaki Nasrani itu.
Maka ketika itu juga lelaki Nasrani itu mengucapkan dua kalimah syahadah  di hadapan Abu Jaafar Al-Haddad Dia lalu membuang semua tanda-tanda atau lambang-lambang Nasrani yang ada pada dirinya. Abu Jaafar bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala. yang telah membuka pintu hati temannya untuk menerima Islam. 

Semoga Allah memberikan rahmat kepada mereka yang telah mengambil Islam sebagai panduan dan pegangan hidup mereka . Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kita kepada agama Islam dan dijadikannya kita sebagai umat Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.

* Dipetik dari kitab Raudhur Rayyahin Fii Hikayatus Salihin karangan Syeikh Imam Abdullah bin As’ad bin Fallah al-Yafii al-Yamany Asy-Syafie.